Isnin, 25 Jun 2007

Pertandingan Futsal Persahabatan Farisian9600

Pada 23hb Jun 2007 (Sabtu), jam 10 Malam dan bertempat di Pusat Fusal Seventh, Wangsa Maju, Farisian 9600 telah mengadakan satu siri pertandingan Futsal persahabatan sebagai persediaan menghadapi Karnival Futsal Alumni (SEMESTA) 2007.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh 6 pasukan yang terdiri dari Farisian 9600 (A), Farisian 9600 (B), X-UMS, X-UKM, X-UiTM dan X-PTPL...Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Farisian 9600(A) yang diwakili oleh Haiery (c) and Co. yang telah mengalahkan pasukan X-UMS pada perlawanan akhir dengan 3-0...

Antara ahli farisian9600 yang hadir pada hari berkenaan ialah Izzat, Ammar, Azuar, Haiery, Nazman, Helmi (datang jauh dari Labuan), Husaidi, Juzlam, Hairul Azwan, Ikhwan Khairi, Hafizi dan tidak dilupakan saudara Asyraf...Pihak Farisian9600 merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan pasukan2 yang telah bertanding.



-farisian9600

Tiada ulasan: